Thursday, March 26, 2020

Maxime Vachier Lagrave - Ian Nepomniachtchi : 1-0 Candidates Final 2020 Round 7

Round 7 FIDE Candidates 2020 semalam menemukan Juara Perancis - Maxime Vachier Lagrave atau lebih dikenali sebagai MVL dengan pendahulu kejohanan - Ian Nepomniachtchi dari Russia.

Ada dua fakta yang agak menarik di sini. MVL sebenarnya tidak layak bermain di Candidates 2020, namun disebabkan seorang peserta iaitu Teimur Radjabov dari Azerbaijan menarik diri kerana bimbang mengenai isu Covid-19,  MVL telah dipilih oleh FIDE untuk menggantikan Radjabov.

Menarik disini MVL sedang mendahului kejohanan bersama-sama Ian Nepo dari Russia yang dikalahkan nya di round 7 semalam.

Fakta kedua ialah Ian Nepo dari Russia memilih  Buka mainan (opening) French Defense. Masalahnya dia menggunakan buka mainan itu terhadap Juara France - Maxime Vachier Lagrave!
Kedudukan selepas round 7 adalah seperti berikut :-


No comments: