Saturday, September 13, 2014

Hari Pertama MAKSAK 2014




12 September 2014 - Hari pertama MAKSAK Chess berlangsung pada hari ini. Tiga round telah berjalan dan keputusan adalah seperti berikut:-

Round 1

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - Johor : 1- 3

Pasukan pilihan pertama Johor menewaskan ATM 3-1 pada pusingan pertama. Pemain utama Johor - Taulani Tukiran tewas ditangan "soldadu baru" ATM - Abdullah Che Hassan yang secara kebetulannya menetap di Johor. Board 2, 3 dan 4 Johor berjaya menjalankan tugas dengan baik dengan menyapu bersih baki mata yang ada.

Kuala Lumpur - Kedah : 2-2

Pasukan pilihan kedua sedikit tempang pada pusingan ini kerana dua pemain utamanya - Rizal Ahmad Kamal dan Shamsuddin Mat Isa demam disaat -saat akhir sebelum pusingan  bermula dan terpaksa direhatkan. Ini memberi peluang kepada pasukan negeri jelapang padi - Kedah yang menggunakan strategi "pulun board belakang" untuk mengikat Kuala Lumpur dengan keputusan seri 2-2. Pasukan Kedah meletakkan pemain terkuatnya Amri Hajar di board 3 manakala pemain kedua terkuatnya Nazli Johardy di board 4.



PENJARA - Terengganu : 0-4

Pasukan tuan rumah - Terengganu seperti yang diramalkan, dengan mudah "memenjara" pasukan PENJARA 4-0.

SARAWAK - Polis Diraja Malaysia (PDRM)  : 3.5-0.5

Sarawak juga tanpa banyak masalah berjaya menundukkan PDRM 3.5 - 0.5 . Ternyata PDRM masih belum mampu mencari pengganti bekas Juara  Dunia Polis - Ismail Ahmad yang telah bersara awal beberapa tahun lepas. Ismail sebelum ini menjadi tonggak utama PDRM di board pertama dan sering memenangi hadiah papan terbaik.

Perlis - Perak  : 1.5 - 2.5

Selangor - Pulau Pinang : 2.5-1.5

Selangor mendapat tentangan sengit dari pasukan muda dari Pulau Pinang sebelum menang 2.5 - 1.5

Kelantan - Pahang    : 1.5 - 2.5

Pasukan Kelantan yang hadir ke kejohanan ini dengan perbelanjaan sendiri  tewas kepada satu lagi pasukan negeri dari Pantai Timur iaitu Pahang. Selain daripada pasukan Kelantan, Sarawak turut  menyertai kejohanan ini dengan duit poket sendiri! Kedua-dua pasukan ini telah menerima pujian dari pihak urus setia dan semua pasukan yang bertanding.

Round 2

Terengganu - Sarawak : 2-2

Pasukan tuan rumah Terengganu  diikat dengan mata 2-2 oleh pasukan seteru utama Sarawak.  

Johor - Perak : 3-1

Juara bertahan - Johor mengekalkan status sebagai pasukan pilihan pertama dengan membenam pasukan Perak 3-1.

Pahang - Selangor : 0.5 - 3.5

Pasukan Selangor "bangkit dari tidur" pada pusingan pertama dan membelasah Pahang 3.5-0.5.  Hanya Khair Wahiduddin - pemain board 3 Pahang berjaya mencuri setengah mata dari pasukan Selangor.

Pulau Pinang - Kuala Lumpur : 0.5-3.5

Kuala Lumpur berjaya merawat luka pusingan pertama dengan membenam Pulau Pinang 0.5-3.5. Ternyata Kuala Lumpur tidak mudah goyah walaupun Pulau Pinang menurunkan "Anuar Ibrahim" di board 1 !

Kedah - Perlis : 3.5-0.5

Kedah yang mendapat semangat baru apabila mengikat KL 2-2 di pusingan pertama telah meneruskan rentak kecemerlangan dengan membelasah pasukan jiran tetangga - Perlis 3.5-0.5.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - Kelantan   : 2.5 - 1.5

Abdullah Che Hassan sekali lagi menjadi tonggak utama ATM dengan membantu pasukannya "mengebom"  Kelantan 2.5 - 1.5.

PDRM - PENJARA  : 2-2

"Polis Tangkap ... Masuk Penjara"....Fair and Square :)


Round 3

Selangor - Johor : 1.5-2.5

Johor meneruskan rentak kemenangan walupun kali ini dengan mata yang agak tipis 2.5- 1.5 keatas Selangor. Walaupun menang tipis,  format sistem pemutus ( tie-break) Match Point akan memberi kelebihan kepada pasukan Johor yang setakat ini merupakan pasukan tunggal yang memungut mata penuh berdasarkan match point iaitu 6 point. (Nota :- pertandingan ini menggunakan sistem pemutus Match Point iaitu :-  Menang = 2, Seri = 1 dan kalah =0) 

Kuala Lumpur - Terengganu : 2.5-1.5

Pertemuan buku dengan ruas ini sekali lagi memihak kepada pasukan Kuala Lumpur. Tuan rumah - Terengganu yang mencuba formasi baru tahun ini dengan "menjual" board 1 dan meletakkan sandaran utama di board 2, 3 dan 4 tidak dapat mengekang Kuala Lumpur dari mengutip mata kemenangan.

Sarawak - Kedah   : 1.5 - 2.5
"Team of the tournament" setakat ini - Kedah telah mengejutkan semua pasukan termasuk diri mereka sendiri apabila menewaskan pasukan pilihan - Sarawak. Pasukan bumi kenyalang tersebut turut kelihatan "kehilangan" aura pemain utamanya - Lim Kian Hwa yang telah bersara beberapa tahun lepas.

Setelah 3 round, Kedah mengungguli tangga ketiga keseluruhan - satu kedudukan yang tidak dapat dimimpikan sebelum ini.

Perak  - ATM  : 1-3
Senjata terbaru ATM - Abdullah Che Hassan sekali lagi membuat kejutan dengan mengepalai kemenangan bergaya menewaskan Perak 3-1.

Kelantan  - PDRM   : 3.5-1.5
PENJARA  - Pahang  : 0.5-3.5
Perlis - Pulau Pinang : 0.5- 3.5

Perlis sekali dikecewakan oleh pasukan dari utara. Kali ini mereka dibelasah olah pasukan Pulau Pinang.


Kedudukan Terkini ( setelah 3 round)

  1. Johor   :  6 mata
  2. Kuala Lumpur : 5 mata
  3. Kedah  : 5 mata
  4. Selangor : 4 mata
  5. ATM : 4 mata
  6. Pahang : 4 mata
  7. Terengganu  :  3 mata
  8. Sarawak : 3 mata
  9. Kelantan : 2 mata
  10. Pulau Pinang : 2 mata
  11. Perak :  2 mata
  12. PDRM  : 1 mata
  13. PENJARA  : 1 mata
  14. Perlis : 0 mata
Pairing Round 4  (13 September 2014 - 9 pagi
  1. Johor - Kuala Lumpur
  2. Kedah - Selangor
  3. Pahang - ATM
  4. Terengganu - Kelantan
  5. Perak - Sarawak
  6. Pulau Pinang - PENJARA
  7. PDRM- Perlis

sumber :  chess-results.com

No comments: