Thursday, September 18, 2014

Terengganu Juara MAKSAK 2014

KL vs Terengganu

Terengganu muncul sebagai Juara  Kejohanan Catur Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2014. Kejohanan berlangsung di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu dari  12-14 September 2014.

Terengganu  yang terikat 11 mata Match Point dengan Kuala Lumpur, walaubagaimanapun  mengungguli kutipan mata Game point dengan 19.5 mata berbanding KL - 17 mata. Kuala Lumpur terpaksa sekali lagi berpuashati dengan tempat kedua walaupun  muncul sebagai " the moral winner" apabila menjadi pasukan tunggal yang tidak kalah dalam kejohanan ini disamping mengalahkan pasukan juara - Terengganu 2.5 - 1.5 dipusingan ketiga. Masalah kesihatan beberapa pemain utama Kuala Lumpur pada hari pertama dan kedua kejohanan menyebabkan KL tidak dapat menurunkan barisan terkuat dibeberapa pusingan dan ini menyebabkan KL keciciran beberapa mata penting.

Juara tahun lepas Johor  disekat dipusingan akhir oleh pasukan Giant Killer - Pahang. Kemunculan pemain berpengalaman - NWM Nurul Huda Wahiduddin di fasa kedua kejohanan menyuntik semangat baru kepada Pahang yang berjaya mengikat pasukan pilihan Johor dan Kuala Lumpur dengan mata 2-2.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Johor dengan 16.5 mata diikuti dengan kejayaan mengejut pasukan Kedah yang buat pertama kalinya menerima hadiah sebagai pasukan tangga keempat dengan 16 mata Match Point.

Kedudukan terakhir adalah seperti berikut:-
  1. Terengganu  :  11 mata - Juara berdasarkan kelebihan mata game point
  2. Kuala Lumpur : 11 mata
  3. Johor   :  10 mata
  4. Kedah  : 9 mata
  5. Selangor : 8 mata
  6. Perak :  8 mata
  7.  Pahang : 8 mata
  8.  Sarawak : 7 mata
  9.  Pulau Pinang : 7 mata
  10. ATM : 6 mata
  11. Kelantan : 6 mata
  12. PENJARA  : 4 mata
  13. PDRM  : 2 mata
  14. Perlis : 1 mata
Keputusan penuh di chess-results.com

Sebanyak 14 pasukan bertanding bagi edisi kali ini dan pasukan yang tidak bertanding adalah Melaka, Negeri Sembilan,  Sabah and Labuan

Antara fakta menarik ialah Terengganu selaku tuan rumah mengulangi "tuah" tuan rumah edisi tahun lepas - Johor. Adakah akan wujud trend baru dimana tuan rumah mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menjadi juara? Kita saksikan tahun hadapan yang dengar khabarnya akan berlangsung di Kedah.

Akhir kata, terima kasih Terengganu atas penganjuran yang hebat dan .....

" Mai Chek Ooii Mai Chek Mai, 
Kita ke negeri Kedah, 
Mai Chek Ooii Mai Chek Mai, 
Jamu Nasi Kawah.......

No comments: