11 September 2014 - Kejohanan Catur, Dart dan Karom, Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) datang lagi dan tahun ini Terengganu Darul Iman menjadi tuan rumah kejohanan. Kejohanan Catur berpasukan akan bermula pada 12 hingga 14 September 2014 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, Terengganu.
Pengurus KL - En Hassan |
Tahun ini pihak Terengganu selaku tuan rumah telah memberikan gambaran awal yang agak menyakinkan dengan mengeluarkan pairing pusingan pertama dua hari sebelum kejohanan bermula. Ini sudah semestinya membantu setiap pasukan menyusun strategi masing-masing dengan lebih lancar. Tahniah kepada Terengganu khususnya kepada Encik Muhammad bin Arshad.
Bagi edisi kali ini, tuan rumah Terengganu juga telah kembali menggunakan format Swiss System dan tidak lagi format Winner's Pool dan Loser's Pool yang telah digunakan saban tahun. Setiap pasukan akan bermain sebanyak 7 pusingan ( Jumaat : Round 1-3 , Sabtu : Round 4-6 dan Ahad : Round 7) dengan kawalan masa 45 minit bagi setiap pemain.
Adakah pasukan Johor mampu mengulangi pencapaian mengejut tahun lepas dengan menjadi pasukan tunggal yang berjaya memecah monopoli tiga negeri (Kuala Lumpur, Terengganu dan Sarawak) selaku juara Kejohanan Catur MAKSAK? Atau adakah pasukan Kuala Lumpur akan kembali "membalas dendam" setelah kejayaan sebagai johan tiga tahun berturut-turut ( 2010, 2011, 2012) "direntap" di pusingan akhir pada tahun lepas?
Kita saksikan dan InshaAllah, saya akan kemaskini perkembangan terkini kejohanan di fb hairulovchesssmaniac dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment