Thursday, September 18, 2014

Terengganu Juara MAKSAK 2014

KL vs Terengganu

Terengganu muncul sebagai Juara  Kejohanan Catur Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2014. Kejohanan berlangsung di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu dari  12-14 September 2014.

Terengganu  yang terikat 11 mata Match Point dengan Kuala Lumpur, walaubagaimanapun  mengungguli kutipan mata Game point dengan 19.5 mata berbanding KL - 17 mata. Kuala Lumpur terpaksa sekali lagi berpuashati dengan tempat kedua walaupun  muncul sebagai " the moral winner" apabila menjadi pasukan tunggal yang tidak kalah dalam kejohanan ini disamping mengalahkan pasukan juara - Terengganu 2.5 - 1.5 dipusingan ketiga. Masalah kesihatan beberapa pemain utama Kuala Lumpur pada hari pertama dan kedua kejohanan menyebabkan KL tidak dapat menurunkan barisan terkuat dibeberapa pusingan dan ini menyebabkan KL keciciran beberapa mata penting.

Juara tahun lepas Johor  disekat dipusingan akhir oleh pasukan Giant Killer - Pahang. Kemunculan pemain berpengalaman - NWM Nurul Huda Wahiduddin di fasa kedua kejohanan menyuntik semangat baru kepada Pahang yang berjaya mengikat pasukan pilihan Johor dan Kuala Lumpur dengan mata 2-2.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Johor dengan 16.5 mata diikuti dengan kejayaan mengejut pasukan Kedah yang buat pertama kalinya menerima hadiah sebagai pasukan tangga keempat dengan 16 mata Match Point.

Kedudukan terakhir adalah seperti berikut:-
  1. Terengganu  :  11 mata - Juara berdasarkan kelebihan mata game point
  2. Kuala Lumpur : 11 mata
  3. Johor   :  10 mata
  4. Kedah  : 9 mata
  5. Selangor : 8 mata
  6. Perak :  8 mata
  7.  Pahang : 8 mata
  8.  Sarawak : 7 mata
  9.  Pulau Pinang : 7 mata
  10. ATM : 6 mata
  11. Kelantan : 6 mata
  12. PENJARA  : 4 mata
  13. PDRM  : 2 mata
  14. Perlis : 1 mata
Keputusan penuh di chess-results.com

Sebanyak 14 pasukan bertanding bagi edisi kali ini dan pasukan yang tidak bertanding adalah Melaka, Negeri Sembilan,  Sabah and Labuan

Antara fakta menarik ialah Terengganu selaku tuan rumah mengulangi "tuah" tuan rumah edisi tahun lepas - Johor. Adakah akan wujud trend baru dimana tuan rumah mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menjadi juara? Kita saksikan tahun hadapan yang dengar khabarnya akan berlangsung di Kedah.

Akhir kata, terima kasih Terengganu atas penganjuran yang hebat dan .....

" Mai Chek Ooii Mai Chek Mai, 
Kita ke negeri Kedah, 
Mai Chek Ooii Mai Chek Mai, 
Jamu Nasi Kawah.......

Saturday, September 13, 2014

Hari Pertama MAKSAK 2014




12 September 2014 - Hari pertama MAKSAK Chess berlangsung pada hari ini. Tiga round telah berjalan dan keputusan adalah seperti berikut:-

Round 1

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - Johor : 1- 3

Pasukan pilihan pertama Johor menewaskan ATM 3-1 pada pusingan pertama. Pemain utama Johor - Taulani Tukiran tewas ditangan "soldadu baru" ATM - Abdullah Che Hassan yang secara kebetulannya menetap di Johor. Board 2, 3 dan 4 Johor berjaya menjalankan tugas dengan baik dengan menyapu bersih baki mata yang ada.

Kuala Lumpur - Kedah : 2-2

Pasukan pilihan kedua sedikit tempang pada pusingan ini kerana dua pemain utamanya - Rizal Ahmad Kamal dan Shamsuddin Mat Isa demam disaat -saat akhir sebelum pusingan  bermula dan terpaksa direhatkan. Ini memberi peluang kepada pasukan negeri jelapang padi - Kedah yang menggunakan strategi "pulun board belakang" untuk mengikat Kuala Lumpur dengan keputusan seri 2-2. Pasukan Kedah meletakkan pemain terkuatnya Amri Hajar di board 3 manakala pemain kedua terkuatnya Nazli Johardy di board 4.

Thursday, September 11, 2014

MAKSAK 2014 : Mu Tunggu Aku Datang !


11 September 2014 - Kejohanan Catur, Dart dan Karom, Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) datang lagi dan tahun ini Terengganu Darul Iman menjadi tuan rumah kejohanan. Kejohanan Catur berpasukan akan bermula pada 12 hingga 14 September 2014 di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pengurus KL - En Hassan

Tahun ini pihak Terengganu selaku tuan rumah telah memberikan gambaran awal yang agak menyakinkan dengan mengeluarkan pairing pusingan pertama  dua hari sebelum kejohanan bermula. Ini sudah semestinya membantu setiap pasukan menyusun strategi masing-masing dengan lebih lancar. Tahniah kepada Terengganu khususnya kepada Encik Muhammad bin Arshad.

Bagi edisi kali ini, tuan rumah Terengganu juga telah kembali menggunakan format Swiss System dan tidak lagi format Winner's Pool dan Loser's Pool yang telah digunakan saban tahun. Setiap pasukan akan bermain sebanyak 7 pusingan ( Jumaat : Round 1-3 , Sabtu :  Round 4-6  dan Ahad : Round 7) dengan kawalan masa 45 minit bagi setiap pemain.

Adakah pasukan Johor mampu mengulangi pencapaian mengejut  tahun lepas dengan menjadi pasukan tunggal yang berjaya memecah monopoli tiga negeri (Kuala Lumpur, Terengganu dan Sarawak) selaku juara Kejohanan Catur MAKSAK? Atau adakah pasukan Kuala Lumpur akan kembali "membalas dendam"  setelah kejayaan sebagai johan tiga tahun berturut-turut ( 2010, 2011, 2012) "direntap" di pusingan akhir pada tahun lepas?

Kita saksikan dan InshaAllah, saya akan kemaskini perkembangan terkini kejohanan di fb hairulovchesssmaniac dari semasa ke semasa.