Tuesday, October 27, 2015

4th OLE OLE SHAH ALAM CHESS OPEN 2015

 

PENGUMUMAN DAN KENYATAAN RASMI 4th-OSACO:

Assalamualaikum wbth &
Selamat Pagi kepada yang bukan beragama Islam.

Kami selaku penganjur 4th OSACO 2015 mewarwarkan berita baik untuk penduduk Shah Alam dan peminat catur di luar kawasan untuk bersama2 menyertai kejohanan catur domestik bersifat terbuka Shah Alam.

Acara: 4th OLE OLE SHAH ALAM CHESS OPEN 2015 (4th-OSACO)

Tarikh: 15 NOVEMBER 2015 (Masa: 9 pagi - 6 petang)

Lokasi: Seksyen 18, Shah Alam SELANGOR DE

Hadiah yang sangat menarik untuk kategori bawah 12 dan Terbuka, yang telah disumbangkan oleh Ole-Ole Shopping Complex, Seksyen 18 Shah Alam. Semoga acara ini menjadi persinggahan terbaik untuk pemain catur berkumpul, bermain dan tidak lupa untuk berbelanja di Ole-Ole Shah Alam.

Maklumat lanjut boleh dilayari http://whitenaval.wix.com/4th-osaco

Terima-kasih kepada semua yang terlibat dan yang bakal terlibat.
Jumpa anda di sana
Sekian, terima-kasih.
Abdul Haq Mohamed
Wakil Sekretariat Penganjur
4th OLE OLE SHAH ALAM CHESS OPEN 2015

No comments: