Thursday, September 20, 2018

International Arbiter Haji Abdul Latif - semoga roh mu dicucuri rahmat

Innalillahiwainna ilaihiro ji'un

International Arbiter (IA) Abdul Latif Mohd meninggal dunia kira kira jam 9 malam 20 September 2018.

Beliau  dilahirkan dilahirkan di Hale Road, Kampung Baru, Selangor ( sekarang Kuala Lumpur)  dan merupakan IA sejak tahun 1986 di mana pada waktu itu swiss pairing masih menggunakan pairing kad manual  iaitu zaman sebelum sistem pairing menggunakan  sistem swiss manager atau swiss perfect di komputer/laptop.  Merupakan seorang arbiter yang sangat berpengalaman dalam sukan catur dan amat aktif dalam sirkit catur tempatan pada sekitar tahun 1980an dan 1990an iaitu sewaktu saya mula aktif dalam sukan catur. 

Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan kira-kira 10 tahun kebelakangan ini membataskan penglibatannya dan  beliau lebih memberi fokus kepada  sukan catur kategori orang kelainan upaya (OKU) dan kejohanan peringkat Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) .



Beliau juga satu masa dahulu  pernah aktif dalam menulis di blog caturnya sifumycatur.



Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat-Nya Dan Ditempatkan Dikalangan Orang-Orang Yang Beriman Dan Soleh.



sumber gambar : blog sifu.mycatur

3 comments:

ReDsKoP said...

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un

‎ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
“"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"
..Al Fatihah.. Hukhuk

Catur SKBJ said...

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un

Catur SKBJ said...

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un