Tuesday, June 02, 2015

Bagai Sirih Pulang Ke Gagang : Kuala Lumpur Juara Catur MAKSAK 2015 !


Kuala Lumpur - Juara Kejohanan Catur MAKSAK 2015
Setelah dua tahun berturut-turut  menghuni tempat kedua, Kuala Lumpur berjaya merampas kembali gelaran  Juara  Kejohanan Catur Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) bagi edisi 2015 yang telah berlangsung dari 28-31 Mei 2015 di Alor Setar, Kedah. .

Kuala Lumpur yang memegang rekod sebagai juara kejohanan tiga tahun berturut ( 2010, 2011 dan 2012) telah dikecewakan sebelum ini oleh dua pasukan tuan rumah, si Harimau Selatan @ JDT -  Johor  yang mengungguli buat pertama kalinya edisi 2013 di Johor Bharu manakala  Terengganu merampas  kejuaraan edisi 2014 di Kuala Terengganu.

Keazaman skuad Kuala Lumpur terbukti tahun ini apabila memenangi 6 pusingan awal secara berturut-turut   dan dengani itu  memastikan  gelaran juara dalam genggaman sebelum pusingan terakhir iaitu pusingan ketujuh bermula.

Pasukan juara bertahan Terengganu yang mengekori rapat pasukan KL dikedudukan kedua , dikecewakan dengan kekalahan dua kali berturut-turut di pusingan 6 dan 7 (pusingan akhir ) dan dengan itu terjerumus ke tangga k-4 setelah dipotong disaat-saat akhir oleh pasukan Johor dan Sarawak.

Sebanyak 13 pasukan bertanding bagi edisi kali ini dan pasukan yang tidak bertanding adalah Perlis, Melaka, Negeri Sembilan,  Sabah dan Labuan.

Kedah (kiri) - Johor. Foto dari kedaicatur.comfb
Terengganu(kiri) - KL. Foto dari kedaicatur.comfb
Johor(kiri) -Sarawak. Foto dari kedaicatur.comfb
Pulau Pinang (kiri) - PENJARA.  Foto dari kedaicatur.comfb
Kelantan (kiri)  - Perak. Foto darikedaicatur.comfb
Selangor -PDRM. Foto darikedaicatur.comfb
Pahang (kiri) - ATM . kedaicatur.comfb

Kedudukan Akhir
  1. Kuala Lumpur   :  13 mata - Juara
  2. Johor : 9 mata
  3. Sarawak  :  9 mata
  4. Terengganu : 8 mata
  5. PENJARA: 8 mata
  6. Kelantan : 8 mata
  7. Kedah  : 7 mata
  8. Perak :  7 mata
  9. Pahang : 6 mata
  10. ATM : 6 mata
  11. Selangor : 6 mata
  12. Pulau Pinang : 3 mata
  13. PDRM  : 1 mata

Hadiah Papan Terbaik


Papan 1 : Abdullah bin Che Hassan (ATM). Foto dari kedaicatur.comfb
Papan 2 : Masrin Erowan (ATM).Foto dari kedaicatur.comfb

Papan 3 : Chow Ming Jack (JOHOR).Foto dari kedaicatur.comfb
Papan 4 : Abdul Rahim Ramli (TERENGGANU)
Papan 5 : Nik Mohd Nazri Nik Hasan (KELANTAN).Foto dari kedaicatur.comfb
Papan 6. : Hairul Abdul Hamid (KUALA LUMPUR)
Keputusan penuh di chess-results.com

Muhammad bin Arshad- Ketua Arbiter MAKSAK 2015 dan pemilik Kedaicatur.com

Ribuan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah Kedah atas penganjuran yang hebat, Ketua arbiter - En. Muhammad bin Arshad atas pengendalian pertandingan yang teratur dan sistematik. InshaAllah berjumpa lagi kita di tahun hadapan di Selangor - "The Gateway of Malaysia"....


1 comment:

abdooss said...

Tahniah KL... :)