Saturday, October 15, 2011

Temuramah bersama IM Mashafizul

TEMURAMAH BERSAMA IM MASHAFIZUL HELMI 
International Master, pemain no.1 Malaysia, FIDE Rating ( 2413) 

Hairulov bersama IM Mashafizul (kiri) semasa sesi temuramah  yang diadakan pada 1 Oktober  2011 di Putrajaya

 TEMURAMAH BERSAMA IM MASHAFIZUL 

Hairulov: Ok Mas, saya rasa ramai sudah mengenali anda, walaubagaimanapun bagi tujuan rekod, bolehkah anda ceritakan serba sedikit mengenai latarbelakang diri anda? 

IM Mashafizul : Saya orang Kelantan. Saya sebenarnya lahir di Kuala Lumpur ( memegang no. kad pengenalan KL) tetapi saya dibesarkan di Kelantan. Bapa saya berasal dari Kelantan manakala ibu saya dari Sarawak.



Hairulov: Siapa yang mula mengajar Mas untuk bermain catur? 

IM Mashafizul : Bapa saya. Walaupun dari segi tahap permainan dia bukanlah pemain yang kuat, tetapi melalui pembacaan dia faham konsep catur dan banyak memberi nasihat dan bimbingan di awal karier saya. Sebagai contoh beliau memberi nasihat kepada saya mengenai buku-buku catur yang sesuai dibaca dan sebagainya. Saya mula belajar bermain catur semasa berumur 4 tahun . Semasa umur 7-8 tahun, saya sudah mula mengalahkan bapa saya. Semasa darjah satu saya mula mewakili Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kelantan dan selepas itu Mas terus mewakili Kelantan dikejohanan-kejohanan peringkat umur. Mas menang National Champion pada tahun 1994-95. Pada tahun 1998, saya mencapai International Master (kedua untuk Malaysia dan termuda pada umur 17 tahun) dan saya melanjutkan pelajaran A-level dan seterusnya belajar di United Kingdom (UK). Selepas menamatkan pengajian di UK saya bekerja di PETRONAS sebagai jurutera kimia selama lebih kurang 7 tahun sebelum Mas membuat keputusan untuk meletak jawatan dan fokus untuk mencapai peringkat tertinggi dalam sukan catur iaitu gelaran GRANDMASTER.

Hairulov: Seperti yang kita ketahui, kebanyakan pertandingan-pertandingan catur dianjurkan di Lembah Klang, adakah diperingkat awal karier , Mas sering berulang alik diantara Kelantan dan Kuala Lumpur ? 

IM Mashafizul: Ya. Di KL banyak pertandingan macam Terbuka Melayu, Tertutup Kebangsaan dan pertandingan-pertandingan lain tetapi saya juga mendapat pendedahan awal di negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang contohnya kejohanan Grand Prix Kebangsaan satu masa dahulu yang dimainkan di setiap negeri termasuk Kelantan.

Hairulov: Boleh Mas terangkan kaedah latihan Mas pada zaman pra- komputer, software, chess engine dimana kita menggunakan buku buku catur untuk latihan dan persediaan?

IM Mashafizul: Tak spesifik. Sebelum zaman chessbase/chess engine, Mas banyak berlatih menggunakan buku seperti Informator, Modern Chess Opening dan Batsford Chess Opening. Kalau dulu, sekiranya Mas bermain di luar negara, hampir separuh beg yang dibawa mengandungi buku-buku catur. Sekarang Mas membawa laptop disamping beberapa buku opening tertentu sahaja. Melalui pemerhatian Mas, kebanyakan pemain catur banyak tumpukan pada opening dan middlegame tapi kita lupa sebenarnya semasa endgame dan semasa buah tinggal sedikit, masa itu cara kita nak gunakan kelebihan-kelebihan kita untuk menang itu juga menarik dari segi seninya. Selain daripada menang dengan cara agresif semata-mata kita juga boleh memenangi satu-satu permainan dengan cara positional dengan memanfaatkan kelebihan-kelebihan posisi kita. Kadangkala menang dengan cara ini lebih menarik. Ini salah satu kekurangan yang ada dikalangan pemain-pemain kita di Malaysia pada pandangan Mas.

Hairulov: Boleh Mas terangkan buku catur kegemaran Mas? 

IM Mashafizul: Antara buku yang menjadi kegemaran Mas sehingga sekarang ialah Winning with Sicilian Najdorf oleh GM Daniel King. Mas bole katakan Mas dah khatam buku itu beberapa kali sehingga ke satu peringkat dimana jika Mas nak baca bab tertentu, Mas buka buku itu terus sahaja sampai ke bab tersebut :) !

Hairulov: Mas telah melalui dua zaman dimana zaman semasa buku – buku seperti Informator merupakan rujukan utama seorang pemain catur dan zaman dimana pemain-pemain bergantung harapan dengan kemudahan teknologi seperti (chessbase, chess engine- Fritz, Rybka dan lain-lain). Boleh Mas ulas serba sedikit mengenai perkara ini ? 

IM Mashafizul: Sekarang ini semua orang mampu untuk mempunyai training tools yang terkini seperti chessbase, fritz, Rybka, Houdini etc. dan maklumat-maklumat seperti game-game terkini dan opening idea terkini boleh diperolehi dengan kadar yang cepat dengan kemudahan seperti internet. Sebagai contoh, dahulu, sesuatu game oleh pemain-pemain terkemuka dunia mengambil masa 2-3 bulan untuk sampai ke kebanyakan Negara tetapi sekarang dalam sekelip mata sahaja game-game tersebut dapat diperolehi oleh mana-mana pemain diseluruh dunia. Jadi pemain-pemain masa kini kena sentiasa mengemaskini opening mereka kerana jika mereka ketinggalan mereka akan 'dihukum' oleh pemain2 lain yang sentiasa update diri mereka dengan teori-teori terkini. Mas perhatikan banyak variasi-variasi dahulu yang dikategorikan tidak boleh dimainkan (refuted) tetapi dimainkan semula setelah dibuat kajian dan semakan semula dengan menggunakan enjin-enjin computer seperti Fritz, Rybka, dan lain-lain. Selain daripada itu kebanyakan pemain-pemain generasi lama kerapkali menggunakan variasi-variasi yang agak membosankan bagi mengelakkan pemain-pemain generasi muda kini yang sering menggunakan variasi-variasi tajam/agresif hasil daripada teori-teori terkini yang mudah mereka perolehi.

Hairulov: Mas sering bermain catur di negara - negara barat. Boleh Mas terangkan perbezaan budaya catur disana berbanding di negara kita?

IM Mashafizul: Di barat mereka lebih menghargai seni permainan catur itu sendiri. Mereka mengkajinya dengan amat mendalam dan sistematik. Mas banyak mendapat pengalaman berharga dari segi kaedah latihan mereka. Sebagai contoh semasa Mas mendapatkan sesi latihan bersama bekas jurulatih Judith Polgar -Laszlo Hazai. Beliau menceritakan pengalaman bagaimana kaedah beliau melatih Judith dan kakak-kakaknya .

Hairulov: Boleh Mas berikan contoh mengenai kaedah latihan mereka? 

IM Mashafizul: Ok sebagai contoh, semasa misi Mas untuk mendapatkan gelaran GM di Eropah beberapa tahun lepas, Mas yang ditemani jurulatih GM Ian Rogers, berpeluang menjalani latihan singkat bersama bekas jurulatih pemain wanita no. 1 dunia - (Judith Polgar) iaitu Coach Hazai. Beliau telah menunjukkan bagaimana beliau membuat persediaan opening untuk Judith Polgar mengenai satu variasi dalam Sicilian Scheveningen yang melibatkan pergerakan 10…Rb8. Mereka berlatih 8 jam sehari selama 2 minggu untuk line itu sahaja. Mereka menggunakan komputer dan perisian-perisian yang sama dengan kita ( Chessbase, Fritz , Rybka) tetapi mereka mengunakannya dengan optimum. Berbanding dengan kita yang mempunyai buku-buku dan perisian-perisaan yang sama tetapi tidak menggunakannya dengan optimum atau lebih buruk lagi tidak mengunakannya langsung - adalah sama seperti benda-benda tu masih berada di rak-rak kedai lagi!

Apa pun buku buku catur adalah PENTING walaupun adanya teknologi komputer /software. Kaedah mereka terlalu jauh maju berbanding kita sehingga Mas rasa tempoh dua puluh tahun yang Mas dah korbankan untuk catur dan dengan gelaran IM ini Mas rasa macam Mas sebenarnya terlalu jauh dari aspek latihan dan persediaan. Mas bayangkan sekiranya Mas memperolehi itu semua dimanakah tahap Mas sekarang?

Hairulov: Baru-baru ini ‘kecoh’ di internet mengenai keputusan Mas untuk berhenti kerja di PETRONAS dan menjadi pemain catur sepenuh masa. Saya rasa elok sekiranya Mas menjelaskan sendiri mengenai keputusan Mas ini? 

IM Mashafizul: Benar Mas telah ambil keputusan untuk meletak jawatan di PETRONAS dan menumpukan sepenuh masa untuk catur bagi mendapatkan gelaran Grandmaster. Mas rasa agak janggal sekiranya Malaysia tidak mempunyai GM nya sendiri. Malah sehingga hari ini, belum ada seorang pun pemain Malaysia yang mempunyai norm GM. Setelah Mas korbankan banyak masa dan tenaga demi catur, Mas rasa Mas perlu teruskan sasaran untuk mendapatkan gelaran ini. Selain daripada itu, Mas secara peribadinya berhasrat untuk menunaikan hasrat arwah bapa Mas yang inginkan Mas mendapatkan gelaran GM satu hari nanti, InsyaAllah.

Below is Quote of the day :) from IM Mas semasa di akhir temuramah:-

***It is by choice Mas decided to 'meletak jawatan' from PETRONAS and give myself a chance to focus and go for the GMship. What ever the result is another story. Sacrifices is only normal when you want to achieve great things (Becoming a GM is not that special, but for Malaysia to have her own 1st GM is SOMETHING).

Ada 4 macam orang/view :

1. Orang yang membuat

2. Orang yg tidak  mampu/berani nak buat, tapi menyokong and/or membantu orang yang nak buat.

3. Orang yang tidak buat dan  tidak menyokong/membantu. Diam je.

4. Orang yang dah laa tidak dalam  kategori 1-3, tetapi kritik/kutuk pula orang yg nak buat. {Kategori ni memang paling kesian}

** Pesan arwah papa, ''when you want to do something good, JUST DO IT. Don't ask what your country can give to you, instead what you can give to your country/community''.

Wallahualam.

12 comments:

fireyrook said...

Great interview! Hope Mas achieves his ambition! :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Ilham said...

Nice interview, Rul!

All the best, Mas...May your wish (and the wish of all Malaysian too) will come true!

Anthony said...

Huh............. Nice one.. Harap Mas blh dapat GM

Mohama said...
This comment has been removed by the author.
Mohama said...

all the best! Yo can do it Mas ;)

GiLoCatur said...

MAS BOLEH! Insya Allah ..

iiumchessmaster said...

TERHARU..

Jimmy Liew said...

As he has said, it is not just for himself. It is also for the rest of us (chess community).I hope and wish Mas will achieve his ambition and show anything is possible once we set our minds on it.

iiumchessmaster said...

nak mintak share kat My Chess Life.. (of course la kena terjemah dalam English) Boleh?

marsya @ ayu said...
This comment has been removed by the author.
hairulov chessmaniacs said...

Boleh, asal nyatakan sumber. :)

Imranfaruqi said...

All the best to Mas! God bless