Wednesday, February 10, 2010

Temuramah Bersama Tn. Hj. Ibrahim Abu Bakar! Bahagian - 1

Temuramah Bersama Tn. Hj. Ibrahim Abu Bakar
Timbalan Presiden
Persekutuan Catur Malaysia (Malaysian Chess Federation)


Hairulov:   Tolong terangkan serba sedikit latar belakang Tuan?

Ibrahim Bakar:  Saya merupakan anak jati negeri Selangor. Dilahirkan di Sabak, Bernam pada tahun 1949, mendapat pendidikan  sehingga Higher School Certificate (HSC). Keadaan semasa itu tidak memberi saya  peluang untuk mendapatkan pendidikan lebih tinggi.

Selepas bersekolah, saya berkhidmat dalam kerajaan selama 6 tahun. Saya telah berkhidmat di Pejabat Pelajaran dan juga pernah berkhidmat di Jabatan Laut sehingga tahun 1974. Selepas itu saya menceburi bidang swasta dan secara khususnya dalam bidang perkapalan dari tahu 1974 hingga 1999. Pada masa itu, selain daripada catur,  saya ada juga mengikuti kursus-kursus jangka  pendek seperti Kursus Bahasa Kantonis, Jepun dan saya juga aktif dalam persatuan sukan, Old Boys, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) .

Hairulov: Bilakah tuan mula menceburkan diri dalam catur?

Ibrahim:  Saya bermula di Kelab Sukan MISC dan PERNAS dimana saya pernah menjadi juara dalam kedua-dua agensi  tersebut. Walaubagaimanapun, saya merasakan amat susah untuk mendapatkan mata semasa bermain catur jadi saya memilih untuk menjadi pegawai catur.....

Hairulov:  hahahahaha........

Ibrahim : Saya mula terlibat dalam dalam pengurusan catur pada tahun 1978 bersama dengan Persatuan Catur Melayu Malaysia (PCMM) sebagai wakil PCMM Selangor. Pada masa itu PCMM merupakan sebuah badan catur yang beroperasi dengan baik. Ia merupakan usaha dari kalangan rakan-rakan seperti Abdul Jabar Yaakob, Ibrahim Yaakob, Hj. Othman, Prof. Wotulu yang mengalakkan penubuhan PCMM. Ibrahim Yaakob adalah antara yang mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai sejarah penubuhan PCMM.

Saya bermula sebagai wakil PCMM Selangor dan kemudian sebagai Naib Presiden dan seterusnya sebai Timbalan Presiden PCMM.

Sepenjang penglibatan saya dengan PCMM, saya sempat berkhidmat dengan beberapa Presiden PCMM antaranya Dato` Zaglol, Senator Abu Bakar Lajim, Norazman (MPSA), Datuk Mohamad Rosli bin Abdul Aziz (Bank Pertanian) Dato Wan Mohd Yusof- suami Noor Kumalasari....

Hairulov- Noorkumalasari bekas artis ?.....

Ibrahim: Ya.....

Hairulov: wah ini satu fakta yang menarik....

Ibrahim: Saya mula terlibat dengan Persekutuan Catur Malaysia (MCF) mulai tahun 1988. Saya bermula sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) dan selepas itu saya menjadi Setiausaha MCF. Selepas satu penggal, saya telah mencadangkan kepada Presiden MCF pada masa itu iaitu  Dato` Sabaruddin Chik yang juga merupakan Menteri Kebudayaan, Kesenian  dan Pelancongan untuk melantik Abdul Hamid Majid sebagai Setiausaha MCF. Dato Sabaruddin bersetuju dengan cadangan saya itu dan mahu saya kekal dalam MCF sebagai AJK.

Semasa Dato Sabaruddin memimpin MCF, beliau mengamalkan corak pengurusan seperti sektor kerajaan. Menurut beliau, Persatuan yang mempunyai  `duit yang banyak` akan menyebabkan ramai akan berebut jawatan manakala persatuan yang duit `cukup-cukup` boleh sustain.

Saya seronok berkhidmat pada masa itu kerana mendapat kepercayaan yang baik dari pucuk pimpinan. Saya telah diberi peluang sebagai pengurus skuad catur negara dibeberapa kejohanan diluar negara seperti Olympiad 1988 di Thessaloniki, Greece, Olympiad 1990 di Novi Sad, Yugoslavia , World Youth 1992 di Duisburg, Germany. Semasa di Duisburg, saya telah membawa para pemain seperti Ooi Chern Ee, Ahmad Maliki, Mashafizul Helmi, anak-anak perempuan saya - Eliza Hanum dan Eliza Hanim dan beberapa pemain lain. Ooi Chern Ee telah mencipta rekod negara kerana mendapat tempat kelima bagi kategori bawah 14 tahun. Antara kenangan menarik ialah saya telah dipanggil oleh Dato Sabaruddin Chik selepas pulang daripada Duisburg kerana Mashafizul dan Ahmad Maliki tidak membawa bendera Malaysia sebaliknya membawa bendera negeri Kelantan....hahaha

Hairulov: hahahaha........

Ibrahim: Semasa di Duisburg, saya telah dijemput oleh Setiausaha Persatuan Catur Afrika Selatan untuk menghantar pemain-pemain dari Malaysia ke satu kejohanan catur yang akan diadakan di Afrika Selatan   pada tahun 1995. Mereka menjemput Malaysia dan Indonesia menghantar pemain-pemain untuk satu pertandingan antarabangsa di Afrika Selatan yang diadakan sempena ulangtahun  ke-300 tahun kehadiran Islam di sana.

Ibrahim: Kontijen Malaysia dianggotai oleh saya, Mashafizul Helmi , NM Kamal Abdullah dan Ghalam Sani. Delegasi dari Indonesia pula dianggotai oleh GM Herman Suradiradja dan GM Ardiansyah. Pada masa itu kami tidak menginap dihotel, sebaliknya kami telah tinggal dirumah keluarga angkat bagi mengeratkan lagi hubungan silaratulrahim dengan penduduk tempatan. Walaubagaimanapun NM Kamal Abdullah telah dijangkiti demam campak dan terpaksa tinggal di hotel bersama Ghalam Shani.

Mashafizul telah mendapat keputusan yang membanggakan apabila berjaya mendapat tempat ketiga dan beliau juga menarik perhatian ramai apabila berjaya menumbangkan Juara Remaja Afrika Selatan. Selepas Afrika Selatan, saya dilantik sebagai pengurus pasukan bagi skuad negara ke Olympiad 1996 di Yerevan, Armenia , Olympiad 2002 di Bled, Slovenia, SEA Games 2003 di Vietnam dan SEA Games 2005 di Filipina. Selepas itu saya juga menjadi pengurus pasukan di Olympiad 2006 di Turin, Italy dan Olympiad 2008 di Dresden, Germany.

Sepanjang tempoh saya terlibat dengan skuad negara dikejohanan-kejohanan antarabangsa diluar negara, saya telah mengenali para pemain negara sejak mereka masih kecil sehingga mereka dewasa. Selain daripada itu, saya juga terlibat semenjak anak-anak saya ( NWM Eliza Hanum dan NWM Eliza Hanim) belum bermain catur, bermain catur dan sehingga mereka bersara dari catur. Hanum lahir pada tahun 1977 manakala Hanim pada 1978.

Saya paling gembira semasa berkhidmat dibawah PCMM kerana semangat berpasukan amat tinggi. Pada masa itu Kejohanan Terbuka Melayu yang diadakan setiap tahun dianjurkan semasa cuti Hari Natal manakala Kejohanan Malay Masters diadakan semasa Cuti Tahun Baru Cina.  Kejohanan Catur Berpasukan Merdeka  dan Kejohanan Berpasukan Hari Buruh juga merupakan inisiatif PCMM.

....bersambung ke bahagian 2

1 comment:

Unknown said...

very good interview!!