Monday, February 18, 2008

Temuramah Bersama NM Kamal Ariffin

Temuramah ini diadakan oleh hairulov semasa di Malay Open 2008!


Temuramah Bersama National Master (NM)
Kamal Ariffin Wahiduddin

FIDE Rating 2090, bekas juara kebangsaan (1991)


Terima kasih kerana sudi ditemuramah oleh hairulovchessmaniacs. Boleh anda ceritakan serba sedikit sejarah penglibatan anda dalam bidang catur?
Cerita pasal sejarah ni..... nak recall yang susah nie….rasanya yang saya boleh ingat, tak silap...masa mula saya main catur ialah semasa di tingkatan 3. Itu pun yang mula-mula main tu mulanya bukan nak main dalam pertandingan, tapi main kat sekolah je. Kemudian rakan saya beritahu ada juara kebangsaan negara kita iaitu Peter Long (kanan) dari Kuala Lumpur akan datang ke Kuantan untuk bermain simul. Itu yang saya pergi turun tu..
Masa lawan dengan Peter Long tu yang ada rasa tercetus nak berkembang lagi dalam catur sebab masa lawan dia, saya yang baru first time nak main dengan dia tapi saya nyaris menang walaupun akhirnya saya kalah . Sebenarnya alasan kekalahan saya pada permainan tersebut adalah sebab saya tidak tahu peraturan en passant masa tu.... tu yang terkena tu.

Adakah saat itu merupakan masa anda mula berminat untuk serius dalam sukan catur?
Pada masa itu saya baru main sekitar Kuantan, sebab saya family team, Kelab Setia Kuantan tu main satu keluarga, enam orang adik beradik semua main satu team. Mula-mula main tu kalah le... tapi selepas mula banyak main tournament kami mula kerap menangi pertandingan – pertandingan di Kuantan... jadi mula saat itu, kami cuba bermain di Kuala Lumpur pula sebab di Kuantan kami dah mula ada nama dan digeruni...hahaha

Ok, kebanyakan peminat catur negara tahu anda adik beradik sekeluarga aktif dalam permainan catur, siapakah adik beradik anda yang serius bermain catur?
Serius tu tidaklah tapi lebih kepada hobi atau part time. Susah nak cakap... dulu semua serius, masa tu di Kuantan tak banyak tournament. Yang mula cetus untuk kami bermain catur sebenarnya adalah daripada pakcik saya , tapi sekarang pakcik saya tu pun tak main catur lagi, kami sahaja adik beradik yang terus aktif bermain malah ibu bapa kami pun tidak bermain catur.

Siapakah ahli-ahli keluarga anda yang aktif bermain catur?
Abang saya Kamal Azmi (kiri), Nurul Huda, Fadilah, saya , Khairunnisa dan Muhammad Khir.


Anda sekeluarga mula dikenali dalam arena catur kebangsaan apabila anda dan kakak anda (Nurul Huda) muncul sebagai juara catur kebangsaan bagi kategori lelaki dan wanita pada tahun yang sama (1991).Ini merupakan satu rekod pada masa itu dimana pasangan adik beradik menjadi juara catur kebangsaan pada tahun yang sama. (* Zarul Shazwan dan Nurshazwani mengulangi rekod ini pada 2007!- hairulov) Boleh ceritakan serba sedikit kenangan tersebut?
Kenangan manis juga tu....masa tu tahun 1991 di Kota Bharu, Kelantan. Tak tahu macam mana boleh menang, kerana tak dijangka. Mungkin form masa tu tengah ada, determination masih tinggi, masih muda...baru lepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semangat masih kuat, jadi main tak kisah menang atau kalah sebab bukan tujuan main dipertandingan tersebut untuk menang apa-apa... tapi sekadar untuk main sahaja. Kebetulan nak jadi cerita pula selepas saya menang , kakak saya Nurul Huda ( kanan) pula menang.


Anda pernah mewakili negara dalam beberapa kejohanan catur antarabangsa, tolong ceritakan serba sedikit mengenai perkara tersebut?
Mula-mula sekali tahun 1994 di Olympiad Moscow...kemudian di Asian Cities, Dubai 1996, selepas tu bermain dalam kejohanan persahabatan di antara Malaysia dan Singapura.


Daripada pengalaman anda bermain dikejohanan-kejohanan antarabangsa tersebut, apa perbezaan yang anda dapat lihat di antara catur di luar negara dan catur di Malaysia?
Kalau ikut perbezaan tu memang banyak dan ketara. Masa first time saya bermain di luar negara iaitu Olympiad Moscow pada tahun 1994, itu adalah pertama kali saya melihat para Grandmaster-Grandmaster terkemuka secara "live". Apabila kita bermain dengan pemain-pemain yang kuat di kejohanan tersebut kita rasa tertekan, sebab kita tiada latihan motivasi, tiada confident, mungkin sebab kekuatan mental kita kurang. Kita pergi pun tiada latihan yang intensif, pergi semata-mata untuk pergi sahaja, kalau menang menanglah, kalau kalah...kalahlah.
Dari segi preparation memang tiada, itulah perbezaan dengan kebanyakan negara-negara lain. Mereka mempunyai jurulatih, trainer, second. Satu contoh lain adalah seperti Sirkit Kejohanan Catur ASEAN di Tarakan, Indonesia baru-baru ini. Wakil utama kita IM Mashafizul pergi hanya dengan seorang lagi wakil negara iaitu FM Mok Tze Meng sedangkan pemain daripada negara Filipina datang dalam kumpulan yang besar yang terdiri daripada barisan pemain-pemain yang berpengalaman, kuat dan muda seperti GM Eugene Torre, GM Mark Paragua, GM Wesley So dan lain-lain lagi dimana mereka ini boleh berbincang dan menganalisa permainan masing-masing secara bersama untuk menghadapi lawan!


Terima kasih Kamal atas temuramah yang singkat ini.
Sama-sama.


photo oleh hairulov dan setiachess.blogspot.com







2 comments:

krazl said...
This comment has been removed by the author.
krazl said...

Good chess journalist example - in Malaysia : http://www.krazl.com/chess/?p=16

There was an error in this gadget