Saturday, September 15, 2007

Temuramah Bersama Ahmad Maliki



Temuramah Bersama Ahmad Maliki
Presiden Persatuan Catur Putrajaya,
FIDE Rating 2254, bekas pemain catur kebangsaan



Hairulov: Bila anda mula bermain catur dan ceritakan serba sedikit sejarah penglibatan anda dalam sukan catur.

Maliki : Saya sebenarnya mula “menyentuh buah catur” sewaktu saya berusia 5 tahun dimana saya......sebenarnya .....abang saya yang mengajar saya bermain catur....dia mewakili sekolah dalam suka catur, jadi dia perlukan sparring partner. Dia telah memaksa saya menjadi sparring partner . Itulah permulaan saya bermain catur iaitu sejak berumur 5 tahun. Saya mula mewakili sekolah dalam sukan catur mulai tingkatan 1.

Hairulov: Anda ada terlibat dengan beberapa kejohanan catur diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Sila ceritakan serba sedikit?

Maliki: Penglibatan saya diperingkat sekolah adalah sehinga peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) . Saya pernah menjadi juara MSSM dan saya juga pernah..... kalah dalam MSSM :) . Pada peringkat remaja saya pernah menjadi juara kebangsaan peringkat umur bawah 20 tahun dan terpilih mewakili Malaysia bermain diperingkat Asia dan macamlah biasalah....kalah. Saya pernah bermain mewakili Malaysia di Kejohanan Catur Remaja Dunia di Jerman .....jika tak silap saya bagi kategori umur di bawah 18 tahun......itupun kalah juga...

Hairulov:hahaha

Maliki: Saya tidak mencapai keputusan yang baik dalam kejohanan-kejohanan tersebut....mungkin disebabkan kita tidak mempunyai sistem latihan catur yang sepatutnya.

Hairulov: Saya difahamkan anda berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan dan anda juga adalah Presiden Persatuan Catur Putrajaya. Boleh cerita serba sedikit mengenai Persatuan Catur Putrajaya?

Maliki: Sebenarnya saya berkhidmat dengan Jabatan Alam Sekitar. Idea penubuhan Persatuan Catur Putrajaya sebenarnya timbul apabila kita mendapati bandar Putrajaya ini belum ada kelompok atau group catur yang ada berkumpul untuk bermain catur. Jadi , setelah saya berbincang dengan 2-3 orang “kaki” catur di Putrajaya kita cuba menubuhkan kelab catur pada awalnya. Kita cuba menubuhkan kelab untuk menghidupkan budaya catur tetapi setelah kita merujuk kepada pihak Pesuruhjaya Sukan, pihak mereka telah menasihatkan supaya ditubuhkan persatuan catur di Putrajaya, memandangkan Putrajaya belum mempunyai pertubuhan catur lagi. Mereka meminta kita menubuhkan persatuan catur supaya daripada persatuan akan ditubuhkan kelab-kelab catur yang akan bernaung dibawah persatuan tersebut . Sekarang ini saya difahamkan ada 11 sekolah di Putrajaya dan telah ada 7 kelab catur di sekolah –sekolah tersebut dan insyaallah, kita akan tubuhkan lagi kelab-kelab catur di sekolah-sekolah di Putrajaya.

Hairulov: Saya difahamkan Persatuan Catur Putrajaya agak aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti catur seperti Kursus Untuk Arbiter dan Pegawai Catur baru –baru ini. Boleh anda terangkan serba sedikit?

Maliki: Sebenarnya persatuan kita tidaklah terlalu aktif dan persatuan kita masih baru. Program yang disebutkan tadi itu adalah sebahagian daripada promosi kita. Kita sebenarnya menerima sedikit tamparan dimana lebih daripada separuh atau hampir 75% ahli jawatankuasa penaja persatuan ini seperti Bendahari, Setiausaha bertukar , menarik diri dan ada yang tidak dapat dikesan menyebabkan aktiviti persatuan terjejas hampir 4-5 bulan. Akibat daripada itu saya telah merancang aktiviti-aktiviti coaches atau kejurulatihan terlebih dahulu sebelum mencari ahli-ahli jawatankuasa yang baru. Kita bercadang untuk adakan mesyuarat agung persatuan kita insyaallah selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Persatuan Catur Putrajaya telah diberi kelonggaran, Persatuan ini adalah berbeza daripada persatuan-persatuan catur negeri yang lain dimana syarat minimum jumlah keahlian (kelab) yang bernaung dibawah Persatuan Catur Putrajaya adalah minimum 2 kelab sahaja. Di Putrajaya, banyak agensi kerajaan serta sekolah-sekolah yang boleh menubuhkan kelab catur masing-masing.

Hairulov: Apa harapan ada terhadap Persatuan Catur Putrajaya?

Maliki: Harapan saya ialah Persatuan Catur Putrajaya akan menjadi model kepada persatuan-persatuan catur negeri yang masih belum ditubuhkan atau juga bagi persatuan-persatuan catur negeri yang seperti “hidup segan mati tak mahu” supaya mengikuti langkah kita bagi memajukan sukan catur.


Hairulov: terima kasih Maliki.

Maliki: Sama-sama.

1 comment:

Khairul Amilin said...

slm..macamana nak contact presiden catur putrajaya ni ya. sy bminat nk blaja catur dgn lbh lanjut

There was an error in this gadget